Saturday, August 8, 2015

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir di Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) - Ogos 2015

  super blogger       Saturday, August 8, 2015
Jawatan Kosong Pembantu Tadbir di Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) - Ogos 2015

INFO SYARIKAT

Alor Setar atau juga dikenali sebagai Alor Star pada 2004-2008, ialah ibu negeri Kedah, Malaysia; bandar terbesar di negeri Kedah; bandar penting dalam pantai barat Semenanjung Malaysia. Bandar ini menempatkan Pusat Pentadbiran Daerah Kota Setar iaitu di Bandar Muadzam Shah dan bandar diraja Kedah iaitu Bandar Anak Bukit

jawatan kosong kerani

Syarikat : Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS)
Website : http://www.mbas.gov.my
No. Tel : 04-7332499
Emel : [email protected]
Lokasi : Kedah

Kekosongan Terkini di Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS)

1. Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi N17

Gaji Yang Ditawarkan: Gaji RM 928.00 – RM 2,663.00
Taraf Jawatan: Tetap
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran & Sokongan

SYARAT-SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(Gaji permulaan ialah RM 928.00); dan
b) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan Komputer dan/atau mengambil trengkas)

PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

Calon-calon yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

CARA MEMOHON JAWATAN

1. Dapatkan Borang Permohonan di Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 11, Menara MBAS dengan dikenakan bayaran RM 7.00.

2. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan bersama salinan Kad Pengenalan , Sijil Kelahiran dan sijil-sijil kelulusan yang diperakui sah sebagai salinan sebenar.

3. Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon disudut atas sebelah kiri sampul surat dan alamatkan kepada:

DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR
JALAN KOLAM AIR
05675 ALOR SETAR
KEDAH DARUL AMAN.


4. Tarikh tutup permohonan : 12 Ogos 2015

5. Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
logoblog

Thanks for reading Jawatan Kosong Pembantu Tadbir di Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) - Ogos 2015

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment