Wednesday, October 28, 2015

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) N17 di UiTM Sabah - November 2015

  super blogger       Wednesday, October 28, 2015
Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) N17 di UiTM Sabah - November 2015. Iklan kerjaya terkini kerja kosong sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) N17 di UiTM Sabah bulan November 2015 kini dibuka.

jawatan kosong kerani

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap di UiTM Cawangan Sabah (Kampus: Kota Kinabalu) bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara:

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) N17


Jadual Gaji:
Minimum: RM 928.00
Maksimum: RM3,375.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ;
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17: RM928.00);

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) had umur pelantikan:
(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
(Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai kemahiran IT)


Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperolehi dengan melayari laman web UiTM Cawangan Sabah di http://www.sabah.uitm.edu.my dan juga boleh didapati sendiri di Bahagian Pentadbiran, Aras 5, Menara Wibawa, Univeristi Teknologi MARA Cawangan Sabah. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 9 November 2015 (Isnin).

Sila kemukakan permohonan kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN SABAH
BEG BERKUNCI 71
88997 KOTA KINABALU, SABAH
NO.TEL: (088) 513843 / 513846
logoblog

Thanks for reading Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) N17 di UiTM Sabah - November 2015

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment