Tuesday, January 12, 2016

Jawatan Kosong Kerani N17 di UiTM Seri Iskandar Perak - Januari 2016

  super blogger       Tuesday, January 12, 2016
Jawatan Kosong Kerani N17 di UiTM Seri Iskandar Perak - Iklan kerjaya tawaran kerja Kosong Kerani N17 di UiTM Cawangan Perak bagi Januari 2016 kini dibuka, mohon sekarang!

jawatan kosong kerani

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap bagi jawatan lantikan/kenaikan pangkat di Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak.

JAWATAN KOSONG KERANI (GRED N17) - TETAP

(Penempatan : Kampus Seri Iskandar)

JADUAL GAJI

Minimum: RM928.00
Maksimum: RM3,375.00

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17: RM928.00)
dan
(d) calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai kemahiran IT).

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL)

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbang untuk PSL ke jawatan Kerani Gred N17 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan; dan

(a)(i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) had umur pelantikan
(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

(a) Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini.

(b) Setiap permohonan MESTILAH disertakan dengan salinan kad pengenalan dan sijil-sijil yang disahkan benar dari salinan asal.

(c) Hanya permohonan-permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil untuk temu duga.

(d) Pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak universiti selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup dianggap TIDAK BERJAYA.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

(a) Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan UiTM yang boleh didapati dengan datang sendiri ke Pejabat Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, Perak atau dengan melayari laman sesawang Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak di http://www.perak.uitm.edu.my

(b) Setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri (atas) sampul surat.

(c) Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 JANUARI 2016 (ISNIN).

Sila kemukakan permohonan kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PERAK
KAMPUS SERI ISKANDAR
32610 BANDAR SERI ISKANDAR
PERAK DARUL RIDZUAN
NO.TEL: (05) 374 2044/2045/2042
logoblog

Thanks for reading Jawatan Kosong Kerani N17 di UiTM Seri Iskandar Perak - Januari 2016

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment