Thursday, September 3, 2015

Jawatan Kosong Kerani di Universiti Teknologi MARA (UiTM) - September 2015

  super blogger       Thursday, September 3, 2015
Jawatan Kosong Kerani di Universiti Teknologi MARA (UiTM) - Iklan Kerjaya Tawaran Kerja Kosong Kerani di Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah, Kampus Merbok untuk bulan September 2015.



Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Pentadbiran di UiTM Cawangan Kedah, Kampus Merbok secara Tetap.

JAWATAN: KERANI (GRED N17)

Klasifikasi Perkhidmatan: Perkhidmatan Pentadbiran
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana

1. Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17 : RM928.00)

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) (i) Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; atau
(ii) Lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) Had umur pelantikan:
(i) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
(ii) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
(Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai kemahiran IT)

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

(a) Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan‐Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemas kini.
(b) Hanya permohonan yang ditapis‐senarai akan dipanggil untuk temu duga. Pemohon yang dipanggil TEMU DUGA SAHAJA perlu membawa dokumen‐dokumen asal dan salinan sijil‐sijil yang telah DISAHKAN berserta dengan borang permohonan yang telah dicetak untuk diserahkan kepada Setiausaha Temu Duga.
(c) Pemohon‐pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak universiti selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.
(d) Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

[wp_ad_camp_2]


CARA- CARA MEMBUAT PERMOHONAN

(a) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan UiTM yang boleh didapati dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Kedah, Kampus Merbok di http://www.kedah.uitm.edu.my dan juga boleh didapati sendiri di pejabat Bahagian Pentadbiran, UiTM Cawangan Kedah, Kampus Merbok.
(b) Setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri (atas) sampul surat.
(c) Tarikh tutup permohonan adalah pada 9 September 2015
(d) Sila kemukakan permohonan kepada :

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UiTM CAWANGAN KEDAH
KAMPUS MERBOK
08400, MERBOK
KEDAH DARUL AMAN


NO. TEL: 04-4562053/ 2056/ 2059
logoblog

Thanks for reading Jawatan Kosong Kerani di Universiti Teknologi MARA (UiTM) - September 2015

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment